Sunday 11 December 2011

Sesi P&P Dunia Seni Visual Tahun 1

MEMBUAT ORIGAMI BURUNG
Tahun   : 1
Bidang : Origami
Tema    : Alam Benda
Tajuk     : Burung
Masa     : 1 jam
Media   : Bahan : Kertas warna, Kertas A4, Magic pen /pensel warna, benang, penebuk lubang,
                 pisau/gunting
Bahan Bantu Mengajar : Contoh origami  burung yang sedia ada, gambar burung, laptop dan LCD
EMK      : Elemen Kreativiti dan Inovatif.
STANDARD KANDUNGAN
1.       Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan: rupa, bentuk, warna dan imbangan)
2.       Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.
3.       Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya.
4.       Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.
3.1 Persepsi  Estetik – Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang
       terdapat pada karya seni.
                3.1.1 Unsur seni
                               3.1.1.1  Rupa – geometri
                               3.1.1.2 Bentuk-konkrit
                               3.1.1.3 Warna –primer dan sekunder
                3.1.2 prinsip rekaan
                               3.1.2.1 Imbangan –simetri
3.2 Aplikasi Seni – Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni.
                3.2.1 mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
3.2.1.1 Alat – (tiada)
3.2.1.2 Bahan- kertas A4 berwarna, gam dan magic pen
3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan binaan.
3.2.2.1 Teknik lipatan
3.3 Ekpresi kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran berbahasa
       seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan 3D.
3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif.
3.3.2 Menggunakan unsure seni dalam penghasilan karya.
3.3.3 menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual.
3.4 Apresiasi seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan  
        bahasa seni  visual.
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.
3.4.2 Menceritakan  karya sendiri secara lisan.
3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.



STANDARD  PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik
·         Guru menunjukkan beberapa gambar burung dan origami burung.
·         Murid-murid melihat dan mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat  pada burung dengan origami burung.
·         Guru menerangkan unsur bentuk, warna dan rupa  dalam penghasilan origami burung.

Aplikasi seni
·         Guru menunjuk cara membuat origami burung di papan LCD.
·         Murid menyatakan bahagian-bahagian burung yang terdapat pada origami.
·         Murid diminta mengeluarkan kertas yang akan digunakan untuk menghasilkan origami.


Ekspresi kreatif
·         Murid menghasilkan origami burung dengan bimbingan guru berdasrkan langkah-langkah berikut.

Langkah 1
·         Menyediakan  kertas origami atau kertas A4.


Langkah 2
·         Lipat kertas kepada dua bahagian secara menegak untuk mendapatkan bahagian tengah kertas.
·         Lipatkan bahagian bawah kertas  sehingga menjadi segitiga. Selepas itu, terbalikkan kertas dan ulang
aktiviti tadi.


Langkah 3
·         Buka di bahagian tengah kertas dan bentukkan segiempat sama.


Langkah 4
·         Tarik lipatan kertas di bahagian tengah untuk menjadi segiempat yang kedua. Pastikan setiap lipatan berbentuk segiempat sama.


Langkah 5
·         Tarik kertas supaya menjadi bentuk berlian kemudian ulang perkara yang sama  di sebelah kertas.


Langkah 6
·         Bentukkan kertas tadi menjadi kepala dan ekor.
·         Membuat kemasan pada origami burung.

        
Langkah 7
·         Warna origami burung yang telah disiapkan.
·         Tebukkan lubang pada badan origami burung tadi untuk diletakkan benang  agar boleh digantung.


Apresiasi seni
·         Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa penghasilan origami burung.
·         Murid menerangkan fungsi dan corak pada origami baju yang dihasilkan.
·         Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat.




Refleksi:
Secara keseluruhannya sesi pengajaran dan pembelajaran saya untuk hari ini telah berjalan dengan agak baik.Penjelasan langkah-langkah membuat origami burung melalui gambar langkah demi langkah cara-cara membuat origami burung tersebut telah menyenangkan pemahaman mereka membuatnya. Murid-murid berasa seronok dan gembira menunjukkan origami burung dengan iringan muzik. Namun terdapat beberapa orang murid tidak sempat origami burung mereka. Ini bermaksud pengajaran hari ini kurang berjaya. Oleh kerana terdapat banyak langkah yang harus dibuat oleh murid untuk menyiapkan origami burung tersebut maka masa yang ditetapkan tidak mencukupi bagi murid yang lemah. Aktiviti seni hari ini  memakan masa yang agak lama untuk murid-murid menyiapkan origami burung  yang comel.





No comments:

Post a Comment