MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Tahun : 1
Bidang : Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti : Anyaman
Tema : Alam Semula Jadi
Tajuk : Anyaman kelarai
Masa : 60 Minit
Media : Alatan : Gunting
Bahan : 2 keping kertas warna A4 (berbeza warna) yang telah digunting dan gam
Bahan Bantu Mengajar : Gambar dan contoh anyaman
EMK : Elemen kreativiti dan inovatif/ keusahawanan
STANDARD KANDUNGAN
a. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni
b. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni
c. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya seni.
d. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami
bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Garisan – lurus dan selari
4.1.1.2 Rupa – geometri
4.1.1.3 Jalinan – tampak dan sentuh
4.1.1.4 Warna – primer
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Ritma dan pergerakan
4.1.2.2 Kontra
4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni
4.2.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan
karya seni
4.2.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.2.1 Alatan – gunting
4.2.2.2 Bahan – gam , kertas warna
4.2.3 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan
karya
4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,kefahaman
dan kemahiran berbahasa seni visual dan menghasilkan
karya seni 2D dan 3D.
4.3.1 Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
Bahasa Seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan 3D.
4.3.1.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.1.2 Menggunakan asas seni rekaan ( unsur seni dan prinsip)
rekaan dalam penghasilan karya
4.3.2 Mengaplikasikan teknik anyaman kelarai dalam penghasilan kraf
4.3.2.1 Teknik – anyaman kelarai
4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri
dan rakan berpandukan bahasa seni visual
4.4.1 Mempamerkan karya seni yang dihasilkan
4.4.2 membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan cara apresiasi mudah
(bimbingan guru).
4.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
STANDARD PEMBELAJARAN |
Persepsi Estetik · Guru menayangkan sedutan dari filem “Laksamana Do re mi”; · Bersoal jawab dengan murid tentang kenderaan yang digunakan oleh laksamana di dalam filem tersebut; Aplikasi Seni · Bersoal jawab tentang; Unsur Seni – garisan, rupa, jalinan, warna. Prinsip Seni - Pergerakan, kontra dan ritma · Memperkenalkan anyaman kepada murid-murid · Menunjukkan contoh anyaman. · Mengenal media atau bahan gentian. · Menunjukkan cara menyisip anyaman kelarai bagi mendapatkan idea perancangan proses kerja (tunjuk cara dari guru) Ekspresi Kreatif Murid membuat langkah berikut dengan bimbingan guru Langkah 1 · Guru menyediakan bahan seperti kertas yang telah digunting ikut saiz dan tapak untuk anyaman untuk sisipan. Langkah 2 · Menunjuk cara menyisip kertas yang berlainan warna ke tapak anyaman satu persatu mengikut bilangan petak yang ada mengikut susunan. · Murid melakukan aktiviti menyisip anyaman dengan bimbingan guru. Langkah 3 Mula mengayam tikar sehingga siap. · Membuat kemasan pada hasil kerja. |
Refleksi:
Secara keseluruhannya sesi pengajaran dan pembelajaran saya untuk hari ini telah berjalan dengan agak baik.Penjelasan langkah-langkah membuat anyaman tikar (Kraf tradisional) melalui gambar langkah demi langkah cara-cara membuat anyaman tersebut telah menyenangkan pemahaman mereka membuatnya. Murid-murid berasa seronok dan gembira menunjukkan tikar dengan iringan muzik. Namun terdapat beberapa orang murid tidak sempat menyiapkan kraf tradisional (anyaman tikar) mereka. Ini bermaksud pengajaran hari ini kurang berjaya. Oleh kerana terdapat banyak langkah yang harus dibuat oleh murid untuk menyiapkan tikar tersebut maka masa yang ditetapkan tidak mencukupi bagi murid yang lemah. Aktiviti seni hari ini memakan masa yang agak lama kerana murid-murid perlu mengukur atau menyukat menggaris,menggunting, menyukat dan menggaris lagi dan mengayam tikar untuk menjadikan sebuah tikar kecil yang comel.
No comments:
Post a Comment