Sunday 27 November 2011

RPH DSV TAHUN 1






MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Tahun                                   :           1

Bidang                                  :           Mengenal Kraf Tradisional

Aktiviti                                               :           Anyaman

Tema                                     :           Alam Semula Jadi

Tajuk                                     :           Anyaman kelarai

Masa                                     :           60 Minit

Media                                    :           Alatan : Gunting
Bahan : 2 keping kertas warna A4 (berbeza warna)  yang telah digunting dan gam

Bahan Bantu Mengajar     :           Gambar dan contoh anyaman

EMK                                      :           Elemen kreativiti dan inovatif/ keusahawanan

STANDARD KANDUNGAN
a.    Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni
b.    Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni
c.    Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya seni.
d.    Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya
STANDARD PEMBELAJARAN


4.1      Persepsi Estetik                Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami  
                                                      bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
            4.1.1   Unsur seni
                        4.1.1.1                       Garisan – lurus dan selari
                        4.1.1.2                       Rupa – geometri
                        4.1.1.3                       Jalinan – tampak dan sentuh
                        4.1.1.4                       Warna – primer
            4.1.2   Prinsip rekaan
                        4.1.2.1                       Ritma dan pergerakan
                        4.1.2.2                       Kontra


4.2      Aplikasi Seni     Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan  
                                      menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni
            4.2.1   Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan
                     karya seni
            4.2.2   Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
                        4.2.2.1                       Alatan – gunting
                        4.2.2.2                        Bahan – gam , kertas warna
            4.2.3   Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan
                     karya

4.3      Ekspresi Kreatif     Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,kefahaman
                                           dan kemahiran berbahasa seni visual dan menghasilkan  
                                           karya seni 2D dan 3D.
            4.3.1   Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
                      Bahasa Seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan 3D.
                        4.3.1.1            Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
                        4.3.1.2            Menggunakan asas seni rekaan ( unsur seni dan prinsip) 
                                           rekaan dalam penghasilan karya

4.3.2   Mengaplikasikan teknik anyaman kelarai dalam penghasilan kraf
                        4.3.2.1            Teknik – anyaman kelarai

4.4      Apresiasi Seni        Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri
                                               dan rakan berpandukan bahasa seni visual
            4.4.1   Mempamerkan karya seni yang dihasilkan
            4.4.2   membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan cara apresiasi mudah
                      (bimbingan guru).
            4.4.3   Menghargai karya sendiri dan rakan


STANDARD PEMBELAJARAN

Persepsi  Estetik
·         Guru menayangkan sedutan dari filem “Laksamana Do re mi”;
·         Bersoal jawab dengan murid tentang kenderaan yang digunakan oleh laksamana di dalam filem tersebut;

Aplikasi Seni
·         Bersoal jawab tentang;
 Unsur Seni – garisan, rupa, jalinan, warna.
 Prinsip Seni -   Pergerakan, kontra  dan ritma
·         Memperkenalkan anyaman kepada murid-murid
·         Menunjukkan contoh anyaman.
·        Mengenal media atau bahan gentian.
·         Menunjukkan cara menyisip anyaman kelarai bagi mendapatkan idea perancangan proses kerja (tunjuk cara dari guru)

Ekspresi Kreatif
Murid membuat langkah berikut dengan bimbingan guru

Langkah 1
·         Guru menyediakan bahan seperti kertas yang telah digunting ikut saiz dan  tapak untuk anyaman untuk sisipan.

Langkah 2
·         Menunjuk cara menyisip kertas yang berlainan warna ke tapak anyaman satu persatu mengikut bilangan petak yang ada mengikut susunan.
·         Murid  melakukan aktiviti menyisip anyaman dengan bimbingan guru.

Langkah 3
Mula mengayam tikar sehingga siap.
·         Membuat kemasan pada hasil kerja.

Refleksi:
Secara keseluruhannya sesi pengajaran dan pembelajaran saya untuk hari ini telah berjalan dengan agak baik.Penjelasan langkah-langkah membuat anyaman tikar (Kraf tradisional) melalui gambar langkah demi langkah cara-cara membuat anyaman tersebut telah menyenangkan pemahaman mereka membuatnya. Murid-murid berasa seronok dan gembira menunjukkan tikar dengan iringan muzik. Namun terdapat beberapa orang murid tidak sempat menyiapkan kraf tradisional (anyaman tikar) mereka. Ini bermaksud pengajaran hari ini kurang berjaya. Oleh kerana terdapat banyak langkah yang harus dibuat oleh murid untuk menyiapkan tikar tersebut maka masa yang ditetapkan tidak mencukupi bagi murid yang lemah. Aktiviti seni hari ini  memakan masa yang agak lama kerana murid-murid perlu mengukur atau menyukat menggaris,menggunting, menyukat dan menggaris lagi dan mengayam tikar untuk menjadikan sebuah tikar kecil yang comel.




Saturday 19 November 2011

Kesenian dalam Berpakaian Tradisional










Refleksi : Ini pakaian tradisoanal Kaum Iban dan Kaum Bidayuh Selako, Sarawak. Pakaian Iban biasanya dibuat sendiri dengan menenun kain "Puak Kumbu". Barang perhiasan pula terdiri daripada barang yang diperbuat daripada perak. Pakaian Bidayuh Selako pula diperbuat daripada kulit kayu. Barang perhiasan pula diperbuat daripada Manik yang perbagai warna dan perbagai bentuk. Di sini kita dapat melihat dengan jelas teknik "Kraftangan Tradisional" yang asli diketengahkan.

Friday 18 November 2011

Contoh hasil kerja murid














Memahami Perasaan Kanak-Kanak Melalui Lukisan

Peringkat perkembangan kognitif menurut Piaget, pada usia antara 7 hingga 12 tahun, kanak-kanak dikatakan berada pada Tahap Operasi Konkrit (OK). Pada tahap tersebut kanak-kanak sudah mula menunjukkan cara pemikiran yang logik dan tersusun manakala cara pemikiran transduktif (1) dan egosentrik (2) mula berkurangan berkurangan.

Pada tahap OK ini juga kanak-kanak sudah boleh mengkelaskan dan membezakan antara objek berlainan secara logik, misalnya membezakan antara haiwan dengan tumbuhan, kenderaan dengan pakaian, dan sebagainya. Pada tahap sebelumnya, iaitu tahap Pra-Operasi (PO) kanak-kanak umumnya hanya dapat mengkelaskan objek  berdasarkan ciri-ciri luaran, misalnya warna.

Tuesday 15 November 2011

Pengenalan SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.
Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah,
Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan
tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan
seni mempertahankan diri.

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain.

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan
aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifatsifat
ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan
pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual
akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman
ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat
penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran
yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain.
Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran
befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod
pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih
murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya
untuk faedah sendiri.