Tuesday 15 November 2011

Pengenalan SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.
Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah,
Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan
tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan
seni mempertahankan diri.

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain.

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan
aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifatsifat
ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan
pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual
akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman
ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat
penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran
yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain.
Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran
befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod
pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih
murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya
untuk faedah sendiri.

No comments:

Post a Comment