Tuesday 13 December 2011

Matematik Tahun 3


Contoh Persediaan Mengajar Model Pembelajaran Berasaskan Projek.

Kelas   : Tahun 3

Bidang: Sukatan dan Geometri

Tajuk: 13 -  Ruang.

Standard Kandungan:          Murid dibimbing untuk
13.4 Melukis bentuk dua dimensi (2D).

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
(i)  Melukis bentuk 2D: segiempat sama, segiempat tepat,
     segitiga dan bulatan.
Masa: 60 minit (2 waktu)

Fasa
Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi
1.  Persediaan

Pemerhatian  
Dan Analisis :

Tinjauan berfokus / berstruktur


Penyoalan

Menyediakan beberapa kepingan kertas yang berbentuk segiempat tepat, segiempat sama, segitiga dan bulatan dan dimasukkan ke dalam sampul surat.

Ia diedarkan kepada kumpulan yang telah dibentuk.

Murid-murid memerhatikan bentuk kepingan kertas dan menamakan bentuk-bentuk tersebut.

Apakah bentuk-bentuk yang terdapat di dalam sampul ?

Namakan bentuk dalam sampul tersebut.


2.  Imaginasi

Penjanaan Idea
Sintesis Idea :

Meneroka dan meramal



Murid menyebut dan menyenaraikan bahan-bahan di persekitaran yang serupa dengan bentuk-bentuk yang terdapat di dalam sampul.

Murid menyebut dan menyenaraikan bahan-bahan yang pernah diperhatikan dalam kehidupan harian yang serupa dengan bentuk dalam sampul.
Apakah benda yang berbentuk segiempat di dalam bilik darjah ?

Apakah benda yang berbentuk segitiga di persekitaran anda ?

Nyatakan bahan-bahan lain yang pernah lihat yang serupa dengan bentuk yang terdapat di dalam sampul.


Fasa
Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi
3.  Perkembangan

Penambahbaikan menilai :

Meneroka


Mencari maklumat


Membuat prototaip
Murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk menentukan gambar yang akan dibentuk dengan menggunakan bentuk-bentuk 2D.

Murid-murid menggunakan bentuk-bentuk yang telah disediakan untuk membentuk gambar mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

Setiap kumpulan dikehendaki melukis bentuk gambar berdasarkan gabungan bentuk-bentuk 2D.

Berbincang dalam kumpulan bagi menentukan gambar yang hendak dibentuk.

Sila bentukkan gambar seperti benda-benda di sekeliling.  Cth : haiwan, bangunan, kenderaan dan lain-lain.

Apakah gambar yang dapat dihasilkan dari gabungan bentuk-bentuk 2D ?

4.  Tindakan

Pelaksanaan Amalan berterusan :

Melapor

Merumus

Menguji prototaip

Mentaksir

Menganalisis maklumat

Dokumentasi

Wakil daripada setiap kumpulan melaporkan hasil lukisan yang telah dibuat.

Menilai hasil lukisan murid dengan meminta murid memberikan pendapat dan pandangan.

Murid menyebut bentuk 2D yang digunakan untuk pembentukan gambar yang telah dibentangkan.

Guru membuat rumusan daripada hasil yang telah dibentangkan oleh setiap kumpulan.

Murid-murid dikehendaki melukis satu gambar dengan gabungan bentuk-bentuk 2D sebagai kerja rumah.


Soal jawab tentang hasil yang dibuat oleh murid.
Cth: Apakah gambar yang diperhatikan ?

Apakah bentuk 2D yang digunakan untuk menghasilkan gambar tersebut ?

Sila lakarkan atau lukiskan gambar tersebut.

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid melukis gambar dengan gabungan bentuk-bentuk 2D.

Nilai dan Sikap
Terapkan sikap bekerjasama dan sikap kepimpinan terutama sewaktu melakukan aktiviti di dalam bilik darjah dan sikap ingin mencuba.

Refleksi :

Sebelum :
Sebelumsesi pengajaran dan pembelajaran bermula,saya telah menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan tajuk yang saya ajarkan pada hari ini. Tujuan saya menyediakan semua bahan ini adalah untuk memudahkan kerja saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung nanti.

Semasa:
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, saya dapat menyampaikan tajuk yang saya ajarkan dengan agak baik kerana dengan adanya bahan bantu mengajar yang telah saya sediakan terlebih dahulu.Murid-murid dapat melukis bentuk 2D: segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan berpandukan tunjuk ajar daripada guru.

Kelemahan:
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapati ada di kalangan murid saya yang lemah dalam mengukur ruang. Belum pandai menggunakan ukuran pembaris dengan betul dan menggaris dengan sesuka hati tanpa melihat sukatan yang diberikan.

Kekuatan:
Kekuatan dalam sesi pengajaran saya untuk hari ini ialah, murid-murid berani mencuba, berani bertanya dan mahu mengikut arahan dengan baik. Murid-murid tidak jemu untuk mencuba sehingga berjaya.

Penambahbaikan:
Saya sebagai seorang guru sentiasa membimbing anak murid saya sehingga mereka betul-betul memahami apa yang saya sampaikan di dalam kelas. Tujuan saya berbuat sedemikian adalah untuk kebaikan anak murid saya sendiri juga. Agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka.


Monday 12 December 2011

Bahasa Iban Tahun Satu

BAHASA IBAN
KELAS
Tahun 1
HARI
10 Februari 2011
NEMBIAK
18    iku
JAM
1130-1230

MENDING ENGGAU BEJAKU
TEMA
Dimensi Diri
TOPIK
Diri Empu

FOKUS
Standard Isi
1.1
Sepenembu belajar ba primari 6 nembiak ulih mending, ngelala munyi leka jaku, nyebut leka jaku ngena intonasyen ti betul dikena ngenataika reti ti nyemetak.
Standard Pelajar
1.1.1

Ulih mending, nyebut, mereti lalu bebidaka munyi leka jaku ti ngundan:
  • Munyi ari rampa menua
  • Munyi perengka muzik
  • Munyi sura nyawa
·         Munyi ari batang tubuh
FOKUS
SANGKING

1.1.2
Ulih mending, nyebut, mereti lalu bebidaka munyi leka jaku ti ngundan:
  • Vocal tebuka
  • Vocal besekat glotis

OBJKETIF
Ba pengujung pelajar, nembiak ulih:
  1. Mereti ke sura nyawa enggau munyi ari batang tubuh
  2. Nyebut leka jaku ke ngundan vokal tebuka
PENGISI KURIKULUM
  1. Penemu: lalau pendiau
  2. Ukur penemu: mereti, sinu, bebasa
  3. Pengelandik mayuh chabang: verbal linguistik
KEREBAN / MEDIA
Kad leka jaku enggau kereban ICT (Komputer/LCD)



AKTIVITI NGAJAR ENGGAU BELAJAR
PENGISI KURIKULUM
NOTE
Rurun 1
1. Pengajar nunjukka chara mansutka bunyi ke tau/ulih digaga ari batang tubuh.
Chunto: nempapka jari, ngensung, batuk, etb.
2. Nembiak nitih ke munyi ke ditunjuk/dipasutka pengajar.

3. Pengajar nerangka munyi ari sura nyawa enggau ari batang tubuh.

Kontekstual

Verbal linguistik
BCB: Mending ke penerang


Gambar  diayanka ba kad gambar



Ø  Pengerindu

Rurun 2
1. Pengajar mandangka kad leka jaku
Chunto: nempap; ngensung; batuk
2. Pengajar nyebut leka jaku (ba kad) ngagai nembiak ngena sebut ti nyemetak.
3. Nembiak  nyebut leka jaku ke diayanka/dipandangka pengajar.

Mending
Verbal linguistk
Chunto kad leka jaku:
(munyi ari batang tubuh)
Nempap
Ngensung
batuk
Rurun 3
1. Pengajar ngayanka kad leka jaku ke ngundan leka jaku vocal tebuka
Chunto:
mata
baka
biru
asi
2. Nembiak nyebut leka jaku ke diayanka pengajar ba kad nya tadi.

Nyengkuran runding

Kad leka jaku

mata
baka
biru
asi

Rurun 4
1. Pengajar mai nembiak nyepil lalu macha leka jaku (vowel tebuka) baka ba kad ke dipandangka.
2. Nembiak nuliska leka jaku nunda ba kad ke diayanka tadi.
3. Pengajar nyimpul utai ti dipelajar baka ke datas nya tadi.


Kerja latih


Kad leka jaku vocal & vocal besekat glotis
Refleksyen: 

Nembiak nitih ke munyi ke ditunjuk/dipasutka pengajar.  Nembiak  nyebut leka jaku ke diayanka/ dipandangka pengajar. Nembiak nuliska leka jaku nunda ba kad ke diayanka tadi.Nembiak  nyebut leka jaku ke diayanka/dipandangka pengajar.





Refleksi:
Sebelum: 

Sebelum saya masuk mengajar murid-murid Bidayuh Selako berbahasa Iban, Saya sangat bimbang sekiranya apa yang saya ajarkan untuk hari ini nanti berjaya ataupun tidak. Saya terus mencuba dan menguatkan semangat dalam diri saya sendiri. Saya sediakan pelbagai bahan bantu mengajar agar dapat memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Semasa :

Seperti yang saya duga. Murid terpinga-pinga mendengar apa yang saya katakan dan apa yang saya ajarkan kepada mereka. Saya menjadi susah hati. Maka saya terpaksa mengambil jalan alternatif untuk menyelesaikan masalah ini. Dengan yang demikian maka saya pun mengambil langkah yang terbaik dengan mengajar dalam dwibahasa, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Iban. Dengan cara ini maka objektif pengajaran dan pembelajaran saya tercapai juga akhirnya. Bahan bantu mengajar yang saya gunakan dapat menarik minat murid-murid untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang apa yang saya sampaikan kepada mereka untuk hari ini.

Selepas:

Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kali ini, murid-murid sudah pandai melakukan aktiviti yang saya sediakan dalam Bahasa Iban walaupun agak lambat. tetapi ini adalah satu perkembangan yang sangat baik. Saya berharap mereka akan lebih memahami dan menjiwai Bahasa Iban seperti bahasa yang lain juga...