Friday 2 December 2011

Dunia muzik Tahun 1


PENDIDIKAN MUZIK

Tahun 1
Tajuk      :  Aku dan Muzik
Tempoh  :  1 waktu (30 minit)
Fokus      :  Dinamik kuat dan lembut
 
 

 Standard Kandungan

Modul 1: Pengalaman Muzikal
1.1  Memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada pelbagai repertoir.
1.3  Membuat gerakan mengikut muzik.

Modul 2: Penghasilan muzik
2.1  Menghasilkan idea muzikal kreatif
 
 

  Standard  Pembelajaran

1.1.2  Memainkan perkusi mengikut detik
          - postur
          - cara memainkan
1.1.3  Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi
          - dinamik kuat/lembut
          - cara memainkan
2.1.2 .  Mencipta corak irama mudah.

BBM  :  CD 2 Track 07 & Track 23, Perkusi( kastanet, loceng & kerincing), sapu tangan,
              skaf

SDK:  1.1.1  Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau
1.1.3. Menggunakan alat, radas, bahan, instrument atau specimen yang sesuai
1.2.1  Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul
2.1.1  Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak
2.2.2  Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik
3.1.1  Menokok tambah idea
3.1.2  Mengubah suai idea
4.1.3  Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain, idea tidak seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya kecil.


Pengetahuan Sedia ada:  Murid pernah memainkan perkusi.




LANGKAH

CADANGAN AKTIVITI

BBM

FASA SDK



Set Induksi

1.      Guru bersoaljawab dengan murid tentang  perkusi yang pernah dimainkan.

2.      Guru meminta murid menamakan perkusi yang ditunjukkan.


Perkusi:

Kerincing
Kastanet,
Loceng.



Fasa Persediaan


1.1.1

1.1.3

1.2.1



Langkah 1




  1. Guru menunjukkan cara memegang dan bermain kastanet/kerincing/loceng.

  1. Murid mengikut cara memegang dan bermain kastanet/kerincing/loceng.




Langkah 2





  1. Guru memainkan detik lagu “Selamat Pagi”dengan kastanet dengan iringan  CD.

  1. Murid memainkan detik lagu “Selamat Pagi” dengan betul.

CD 1
Track 02




Langkah 3

  1. Guru melakukan gerakan yang menunjukkan dinamik kuat(f) dan lembut(p).

  1. Murid melakukan gerakan seperti yang ditunjukkan oleh guru.


CD 2
Track 07







Fasa Imaginasi

2.1.1

2.2.2


Langkah 4

  1. Murid membuat gerakan mengikut dinamik kuat dan lembut berdasarkan muzik instrumental yang didengar.


CD 2
Track 07


Langkah 5

  1. Guru memanggil beberapa orang murid untuk membuat gerakan mengecilkan dan mengembangkan badan mengikut dinamik.


  1. Murid menggunakan alatan seperti sapu tangan atau skaf untuk melakukan gerakan kreatif menunjukkan dinamik kuat dan lembut.


Sapu tangan, skaf



Langkah 6


1        Murid memainkan perkusi secara individu.

2.      Murid memainkan perkusi berpandukan dinamik kuat dan lembut.


Fasa
Perkembangan

3.1.1

3.1.2


Penutup

  1. Murid mempersembahkan cara bermain perkusi secara berkumpulan di hadapan kelas.



CD,
Kastanet, kerincing,
Loceng.

Fasa Tindakan

4.1.3

Refleksi;
 
Secara keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancangSet induksi yang saya gunakan untuk hari ini sangat menarik. Saya menggunakan muzik dan video tarian tradisional Kaum Bidayuh di Sarawak yang merupakan kaum murid-murid sendiri. Murid-murid sangat teruja dan tertarik dan sangat seronok mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran saya hari ini.

 Semua murid telah menyempurnakan latihan dan tugasan yang diberi. Hari ini saya telah menggunakan alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni. Saya banyak menggunakan alatan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya hari ini. Saya dapati murid-murid saya aktif melibatkan diri  dan berseronok. Murid dapat memberi respon yang baik dengan menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Aktiviti yang saya rancangkan juga dapat dijalankan dengan baik dan lancar.

No comments:

Post a Comment