Friday 2 December 2011

Bahasa Melayu Tahun 6

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh                        : 11 NOVEMBER 2011
Masa                         : 0740 – 08.40 pagi
Mata Pelajaran        : Bahasa Melayu
Tahun                        : Tahun 6 (Enam)
Bilangan Murid        : 9 orang
Tema                         : Seronoknya  Melancong
Tajuk                          : Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama

5.2      Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
             Aras 1
(i)            Membaca teks bukan sastera dan teks sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar.

Fokus Sampingan

8.1      Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.
            Aras 2
(i)            Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat:
 1.       Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
 2.       Mengisi tempat kosong dalam  ayat dengan perkataan yang sesuai.
                              

Sistem Bahasa
i)             Tatabahasa        : Kata Nama
ii)            Sintaksis            

Pengisian Kurikulum
a. Ilmu            : Kajian Tempatan, Sains, Matematik, Pendidikan Muzik.
b. Nilai           :Kebebasan, kesyukuran, berani mencuba, sayangi alam sekitar.
c. Kemahiran Bernilai Tambah:
i)         Kemahiran Berfikir              :
             ii)        Kecerdasan Pelbagai        :Interpersonal, intrapersonal, kinestetik

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui dan memahami gambarajah yang ditunjukkan oleh guru.
Bahan Bantu Mengajar   : Gambar, labtop, CD lagu Kenali Malaysia, senikata
lagu Kenali Malaysia, petikan teks bacaan, lembaran kerja,


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
1. Murid Menyanyikan lagu ”Kenali Mlaysia” dengan penuh semangat.


1.Guru melekatkan senikata lagu ”Kenali Malaysia” di papan tulis.

2. Guru memainkan lagu ”Kenali Malaysia”.

2. Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu yang bertajuk ”Kenali Malaysia” berpandukan CD lagu ”Kenali Malaysia” yang dipasangkan.

3. Murid-murid menyanyikan lagu yang bertajuk Kenali Malaysia” dengan penuh semangat.

Bahan Bantu Mengajar:
Ø Labtop,
Ø CD lagu ”Kenali Malaysia”
Ø Senikata lagu ”Kenali Malaysia”

Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal & Intrapersonal

Nilai:
Ø bangga menjadi rakyat Malaysia.
Ø Menyintai negara Malaysia.
Ø Semangat patriotik.

Langkah 1
(10 minit)











1. Guru meminta murid melihat dan memerhatikan gambar yang disediakan.

2. Bertanya pada murid  apa yang dilihat di sekeliling kawasan sekolah.
Soalan:
i)  Apa yang kamu boleh huraikan tentang apa yang dilihat di sekeliling kawasan sekolah?
1. Guru melekatkan beberapa keping gambar berkaitan dengan Pulau Langkawi di papan tulis.

2. Guru meminta murid-murid bercerita tentang gambar yang dipamerkan.

3. Murid-murid bercerita berpandukan gambar yang dipamerkan di papan tulis.

1. Murid-murid memerhatikan gambarajah yang ada dalam buku teks.
 2. Murid-murid di kehendaki menghuraikan dengan idea sendiri berkenaan apa yang dilihat.
3. Murid-murid diminta menulis perkataan yang paling sesuai mengambarkan keadaan yang dilihat
Bahan Bantu Mengajar:


Kecerdasan Pelbagai:
Interpersonal & Intrapersonal

Nilai: Berani mencuba untuk bercerita tentang gambar.

Kecerdasan pelbagai:
- Interpersonal &
- Intrapersonal

Kinestetik

 (Buku Teks m/s.46-47)
Langkah 2
 (15 minit)






1. Guru memberikan tunjuk ajar bagaimana membina ayat dengan struktur ayat yang betul.



1) Guru meminta murid secara sorang demi sorang membuat ayat berdasarkan perkataan yang ditulis secara lisan.

2) Guru membantu murid menghasilkan ayat yang betul.

Nilai:
- Kebebasan

Tatabahasa:
-Kata Kerja

Kemahiran belajar cara belajar (BCB):
catat maklumat

langkah 3
(15 minit)

1. Murid membaca senyap petikan bacaan selama 2 minit.

2. Murid membaca petikan dengan kuat dengan bantuan daripada guru.

3. Murid mambaca petikan semula dengan kuat tanpa bantuan daripada guru.
1. Guru melekatkan Petikan bacaan di hadapan kelas.

2. Guru meminta murid untuk membaca dengan senyap selama 2 minit.

3. Guru membimbing bacaan murid.

4. Murid membaca petikan tanpa bantuan guru.

ABM:

Kecerdasan pelbagai:
interpersonal
intrapersonal
Pembelajaran konstruktivisme

langkah 4
(20 minit)


Aktiviti
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.

2. Murid menjawab mengikut waktu yang ditetapkan.

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada kelas.

2. Guru meminta murid-murid untuk menjawab soalan latihan yang diberikan.

3.  Guru membimbing murid yang lemah untuk menyiapkan latihan agar tidak ketinggalan.

4.Guru bersama murid menyemak jawapan yang dibuat.


ABM:
Buku teks m/s 46-47
Kecerdasan pelbagai:
- interpersonal
- intrapersonal
- pemulihan
- pengayaan

langkah 5
(5 minit)

Penutup (kognitif)
1. Rumusan

2. Penilaian

1. Guru merumuskan secara keseluruhan isi pelajaran yang di sampaikan pada hari ini

2. Guru bertanya kembali kepada murid untuk menguji kefahaman murid-murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan pada hari ini.


Kecerdasan pelbagai:
- Intrapersonal
- Interpersonal

BAHAN BANTU MENGAJAR..


NAMA             : ________________________________
KELAS            : ________________________________
TARIKH          : ________________________________

LIRIK  LAGU (SET INDUKSI)
Kenali Malaysia
Kenali Malaysia
Cintai Malaysia
Senyum di mana-mana
Bayangan kemesraan
Kenali Malaysia
Cintai malaysia
Mudahnya.....
Kenal...keindahan
Yang..memikat jiwa
Fauna mensyurga
Milik kita..
Selamanya-lamanya...
Kenali Malaysia
Cintai Malaysia
Mimpi menjadi nyata
Segalanya terlaksana
Kenali Malaysia
Cintai Malaysia
Mudahnya...




PETIKAN  BACAAN

PULAU  DAYANG  BUNTING

Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang.
Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.
Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lampau. Terdapat bentuk-bentuk tergantung iaitu stalagtik yang mempunyai pelbagai bentuk - lalu dinamakan langsuir.
Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 . air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

LATIHAN 1
Senaraikan isi penting yang terdapat dalam petikan bacaan Pulau Dayang Bunting  dan ringkaskan isi penting tersebut.

1.    ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

2.    ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

3.    ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
4.    ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

5.    ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

LATIHAN 2
Jawab soalan di bawah.
1.         Bagaimanakah caranya untuk kita ke Pulau Dayang Bunting?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
2.         Bagaimakah Pulau Dayang Bunting ini mendapat nama?
 ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
3.         Di manakah letaknya Gua Langsuir?
 ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
4.         Di manakah letaknya Tasik Air Tawar?
 ____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
5.         Berapakah bayaran yang dikenakan kepada pengunjung yang ingin menaiki bot
berdayung kaki untuk ke Tasik Air Tawar?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________




REFLEKSI MAKROTEACHING  


1.1      KEKUATAN

        Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan semasa sesi makropengajaran dijalankan ialah penggunaan  sumber  bahan bantu mengajar suara guru yang lantang dan jelas. Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran ialah apa sahaja bahan-bahan yang telah digunakan oleh guru untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan. Ini bertujuan  supaya pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum. Bahan bantu mengajar ini dapat membantu guru dengan menyokong penyampaian isi pelajaran. Terdapat beberapa jenis bahan bantu mengajar  yang boleh membantu dalam pengajaran guru.
Di dalam pengajaran saya, bahan bantu mengajar seperti computer riba, lagu ‘Kenali Malaysia’ sebagai set induksi, petikan bacaan, lembaran kerja, kamus dewan edisi ketiga, papan tulis, seni kata lagu ‘Kenali Malaysia’ digunakan. Penggunaan bahan bantu mengajar  di dalam langkah set induksi telah menarik minat murid malah murid bertambah bersemangat untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Dalam langkah satu, guru menggunakan gambar-gambar tempat menarik yang terdapat di pulau langkawi. Murid bercerita berpandukan gambar. Murid semakin menunjukkan minat untuk ke langkah yang seterusnya. Langkah dua, murid-murid membaca petikan bacaan. Bacaan murid semakin lancar. Langkah tiga pula menunjukkan murid memahami apa yang telah disampaikan oleh guru dalam set induksi, langkah satu, langkah dua kerana hamper semua murid memahami apa yang disampaikan oleh guru di dalam kelas.

 Selain itu, bahan bantu mengajar ini telah membantu guru dan murid-murid berinteraksi antara satu sama lain dan masalah murid yang pasif dapat dikurangkan. Interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan juga  murid dengan murid telah menyumbang kepada  pembentukkan idea serta mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan. Ini telah  memudahkan setiap aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan berkesan tanpa banyak masalah. Sesi pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan jelas dengan adanya bantuan bahan bantu mengajar

1.2  KELEMAHAN

       Kelemahan dan kekurangan yang dapat dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makro pengajaran ialah ketepatan masa. Ekoran murid-murid terlalu seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan maka terlebih masa dalam langkah pengajaran. Masa tidak mengikuti masa yang telah dirancangkan.  Masa penting bagi seorang guru sekiranya berlaku gangguan di dalam pengajaran dan pembelajaran maka terencatlah keseluruhan pengajaran kita pada hari itu.

Berdasarkan pemerhatian semula rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, saya didapati masa yang digunakan untuk setiap langkah pengajaran dan pembelajaran tidak seiring iaitu ada yang melebihi masa dan ini menjejaskan sesi pengajaran saya. Hal ini berlaku kerana murid terlalu seronok dan  adanya gangguan tanpa di duga contohnya kawalan kelas serta gangguan murid lain berdiri tepi tingkap memerhati murid-murid kelas saya belajar serta melakukan latihan yang diberikan. Ini telah mengganggu tumpuan pembelajaran murid-murid di dalam kelas saya.


1.3 LANGKAH MENGATASI

      Setiap kelemahan dan kekurangan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran  dan pembelajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan makropengajaran saya, penambahbaikan yang saya perlu lakukan ialah ketepatan penggunaan masa.  Guru perlu bijak dalam pengurusan masa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan adanya ketepatan masa maka dapat memudahkan guru menyelesaikan setiap langkah penyampaian pengajaran dan pembelajaran dalam setiap langkah yang dirancangkan.

No comments:

Post a Comment